Pertandingan diadakan selepas waktu sekolah, dari pukul 2.30ptg hingga 3.30ptg. Acara dikendalikan oleh Muhd Zaki(3E5) di bilik ML1. Walaupun sambutan yang diterima tidak menggalakkan, namun pertandingan tetap diteruskan demi tiga orang pelajar yang sudi hadir.

Selasa, 14 September 2010
PBM: PERADUAN MENGANYAM KETUPAT 2010
Pertandingan diadakan selepas waktu sekolah, dari pukul 2.30ptg hingga 3.30ptg. Acara dikendalikan oleh Muhd Zaki(3E5) di bilik ML1. Walaupun sambutan yang diterima tidak menggalakkan, namun pertandingan tetap diteruskan demi tiga orang pelajar yang sudi hadir.
PBM: KETUPAT WEAVING DEMO 2010
Aktiviti ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Aktiviti diketuai oleh Zaki(3E5) dan turut dibantu oleh para pelajar 2E, Matin Hyder dan Cavin.Para pelajar mengongsi kepakaran menganyam ketupat bersama rakan-rakan yang lain pada waktu rehat untuk kedua-dua peringkat menengah atasan dan bawahan.
PBM: Pembukaan Acara Sambutan Hari Raya 2010
Para pelajar dari Men 3E, Irfaan dan Reyan menyampaikan ucapan ringkas mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 dalam sesi perhimpunan pada waktu pagi. Takbir turut dilaungkan secara ringkas pada 14/09/2010, Selasa.
Jumaat, 3 September 2010
Khamis, 5 Ogos 2010
PBM: Sepak Takraw 2010
Acara diadakan sempena PAEF 2010, pada 5hb Ogos 2010, Khamis. Acara dikendalikan oleh Shaffie (4T1), Shabiri, Tengku Zul dan Danial dari 3T1. Pertandingan hanya melibatkan para pelajar peringkat menengah satu dan dua. Sambutan yang diberi oleh para pelajar amat meriah.
PBM: KOMPANG PERFORMANCE 2010
Para pelajar gigih berlatih untukpersembahan permainan kompang sempena PAEF 2010. Latihan diketuai oleh Shabiri (3T1) dan kumpulan kompang disertai oleh para pelajar dari kelas 1T1, 2T1, 2E4, 2N1 dan 3T1.
Sabtu, 24 Julai 2010
FIESTA KARYA 2010: PERADUAN MENGARANG SAJAK
Acara dijalankan pada 24hb Julai 2010, Sabtu, di Perpustakaan Nasional. Acara dimulakan dengan sebuah bengkel yang dikendalikan oleh Dr Saeda Buang. Para pelajar 2E diajar teknik-teknik asas untuk mengarang sajak. Peraduan bermula setelah kudapan. Para pelajar menimba pengalaman yang sangat berharga dalam acara ini.
Jumaat, 9 Julai 2010
PBM: NUR-ON-THE MOVE ROAD SHOW
Acara dijalankan di Pusat Seni DBS pada 9hb Julai,Jumaat. Acara dimulakan dengan lakonan drama oleh barisan pelakon remaja. Perbincangan mengenai masalah yang dihadapi remaja dijalankan berdasarkan lakonan tersebut. Para pelajar didapati berminat dengan program yang dikendalikan oleh Dua M Pte Ltd. Hos acara ialah Encik Najip Ali.
Isnin, 8 Februari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)