Selasa, 14 September 2010

PBM: PERADUAN MENGANYAM KETUPAT 2010




Pertandingan diadakan selepas waktu sekolah, dari pukul 2.30ptg hingga 3.30ptg. Acara dikendalikan oleh Muhd Zaki(3E5) di bilik ML1. Walaupun sambutan yang diterima tidak menggalakkan, namun pertandingan tetap diteruskan demi tiga orang pelajar yang sudi hadir.

PBM: KETUPAT WEAVING DEMO 2010





Aktiviti ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Aktiviti diketuai oleh Zaki(3E5) dan turut dibantu oleh para pelajar 2E, Matin Hyder dan Cavin.Para pelajar mengongsi kepakaran menganyam ketupat bersama rakan-rakan yang lain pada waktu rehat untuk kedua-dua peringkat menengah atasan dan bawahan.

PBM: Pembukaan Acara Sambutan Hari Raya 2010






Para pelajar dari Men 3E, Irfaan dan Reyan menyampaikan ucapan ringkas mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 dalam sesi perhimpunan pada waktu pagi. Takbir turut dilaungkan secara ringkas pada 14/09/2010, Selasa.