Khamis, 27 Disember 2012

Penutup tirai 2012…

Sebuah perjalanan…Secebis kenangan! Jauh perjalanan maka luas pandangan. 30 orang pelajar berserta empat orang guru telah berdarmawisata ke Otty, bahagian Selatan India pada 4 hingga 9 Nov 2012. Ilmu dapat ditimba, pengetahuan dapat dicedok tetapi pengalaman, ayuh mari alami bersama!
Para pelajar telah melawat tempat-tempat yang penuh dengan sejarah dan unsur budaya. Namun, pengalaman yang tiada tolok bandingnya adalah pengalaman melihat dari dekat rumah-rumah pinggiran, setinggan atau lebih dikenali dengan slump areas. Keinsafan menyusup masuk ke sanubari, lantas menginsafi diri setiap individu…betapa indah dan beruntungnya hidup di Kota Singa!
Pasti banyak yang dipelajari apabila jauh daripada keluarga dan sanak saudara. Ikuti paparan berikut (dalam dwibahasa) demi merasai tempias secebis kenangan yang menjadikan perjalanan hidup ini, penuh berwarna-warni.
Salam manis,
Cg Rozanah Kasnan



































Ahad, 29 Julai 2012

Sekilas 2012

Sepanjang tahun 2012, para pelajar yang mengambil bahasa Melayu di sekolah St. Patrick’s telah berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan dan berkenaan dengan bahasa Melayu. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan ialah seperti berikut:

1) Sambutan Dwiminggu Bahasa Ibunda - 16 Januari – 3 Februari

Para pelajar telah menyertai bengkel paluan kompang serta tarian zapin. Mereka telah mengambil bahagian dalam peraduan-peraduan yang dijalankan dalam kelas seperti peraduan 'Boggle', menulis esei dan menjawab teka-teki. Selain itu, mereka telah bersembang sastera bersama Encik Suratman Markasan dan Encik Ishak Latiff. Penjualan makanan-makanan tradisional serta pameran buku juga telah dijalankan.


2) Sambutan Bulan Bahasa - 1 Julai – 15 Julai

Persatuan Bahasa Melayu (PBM) SPS telah menganjurkan kuiz bahasa dan budaya serta kuiz peribahasa di dalam kelas sempena dengan sambutan Bulan Bahasa.


3) Anugerah Pelajar Cerminan Arif Budiman – 8 Ogos

Anugerah ini merupakan acara kemuncak di sekolah kami. Seorang pelajar mengambil bahasa Melayu akan dinobatkan sebagai pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bahasa Melayu malahan mencerminkan sikap-sikap yang terpuji.


Pertandingan-pertandingan lain yang melibatkan pelajar kami termasuklah:

1) Xpresi Citra – 18 Januari

4 orang pelajar kami telah mengambil bahagian dalam sayembara penulisan anjuran bersama Sekolah Menengah Springfield (Zon Timur)


2) Pertandingan Boggle antara sekolah-sekolah kelompok E7 – 18 Mei

Beberapa pelajar dari menengah 1 hingga 3 telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang telah dijalankan di Sekolah Victoria.


3) Teater Pelajar anjuran Kelab Rangkaian Remaja (Teens Network Club) – 7 Julai

5 orang pelajar kami telah mementaskan kisah lagenda 'Tuah Badang Bertangkup' dan berjaya memenangi hadiah saguhati. Ibnu Tasnim dari Menengah 2N1 telah berjaya merangkul gelaran ‘Pelakon Harapan Terbaik’ yang dinobatkan oleh Berita Harian.

Sabtu, 2 Jun 2012

Teater Pelajar 2012

5 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam peraduan berlakon anjuran Kelab Rangkaian Remaja (Teens Network Club), Persatuan Rakyat Singapura pada 2hb Jun 2012. Pementasan mereka bertajuk 'Tuah Badang Bertangkup'. Mereka telah berjaya membangunkan watak-watak yang diberikan dengan baik. Sekolah St. Patrick's berjaya mara ke peringkat akhir yang akan dijalankan pada 7hb Julai 2012 di Kelab Masyarakat Marine Parade. Marilah sama-sama mendoakan kejayaan kepada para pelajar berikut.

1) Shafeeq - 2E1
2) Ibnu Tasnim - 2N1
3) Afiq - 1T1
4) Hatta - 1T1
5) Nazri - 1N1


 

Jumaat, 18 Mei 2012

Pertandingan Boggle 2012

Pertandingan Boggle antara sekolah-sekolah kelompok E7 telah dijalankan pada 18hb Mei 2012.

Pertandingan ini telah diambil bahagian oleh Sekolah St Patrick’s, Sekolah CHIJ Katong Convent, Sekolah
Menengah Ping Yi dan Sekolah Victoria.



Jumaat, 3 Februari 2012

Acara Dwiminggu Bahasa Ibunda - 16/01/12 - 03/02/12

Selama dua minggu berturut-turut Jabatan Bahasa Ibunda telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi menjayakan sambutan dwiminggu ini.

Para pelajar yang mengambil bahasa Melayu berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Boggle, bengkel kompang dan tarian zapin.

Pertandingan Boggle



Bengkel Tarian Zapin - Menengah 1 & 2




Bengkel Paluan Kompang - Menengah 3 - 5




Para pelajar Menengah 3E/3N pula telah menghadiri sesi sembang sastera bersama Cikgu Ishak Latiff manakala pelajar Menengah 4E/5N berpeluang untuk bertemu dengan Encik Suratman Markasan.




Ahad, 1 Januari 2012

2012 - Lembaran Baru...

Kami mengucapkan selamat tinggal kepada:-

1) Cikgu Rosmawati - sumbanganmu diingati selalu cikgu..



2) Encik Lak Pati Singh, pengetua sekolah yang telah menabur bakti kepada sekolah.



3) Kami menyambut kedatangan :-

Cikgu Rafiqah - Tahniah cikgu kerana muncul sebagai salah seorang pelajar / siswazah Singapura terbaik Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya. Selamat menjalankan tugas di sini.


2012 - Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya..