Ahad, 29 Julai 2012

Sekilas 2012

Sepanjang tahun 2012, para pelajar yang mengambil bahasa Melayu di sekolah St. Patrick’s telah berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan dan berkenaan dengan bahasa Melayu. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan ialah seperti berikut:

1) Sambutan Dwiminggu Bahasa Ibunda - 16 Januari – 3 Februari

Para pelajar telah menyertai bengkel paluan kompang serta tarian zapin. Mereka telah mengambil bahagian dalam peraduan-peraduan yang dijalankan dalam kelas seperti peraduan 'Boggle', menulis esei dan menjawab teka-teki. Selain itu, mereka telah bersembang sastera bersama Encik Suratman Markasan dan Encik Ishak Latiff. Penjualan makanan-makanan tradisional serta pameran buku juga telah dijalankan.


2) Sambutan Bulan Bahasa - 1 Julai – 15 Julai

Persatuan Bahasa Melayu (PBM) SPS telah menganjurkan kuiz bahasa dan budaya serta kuiz peribahasa di dalam kelas sempena dengan sambutan Bulan Bahasa.


3) Anugerah Pelajar Cerminan Arif Budiman – 8 Ogos

Anugerah ini merupakan acara kemuncak di sekolah kami. Seorang pelajar mengambil bahasa Melayu akan dinobatkan sebagai pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bahasa Melayu malahan mencerminkan sikap-sikap yang terpuji.


Pertandingan-pertandingan lain yang melibatkan pelajar kami termasuklah:

1) Xpresi Citra – 18 Januari

4 orang pelajar kami telah mengambil bahagian dalam sayembara penulisan anjuran bersama Sekolah Menengah Springfield (Zon Timur)


2) Pertandingan Boggle antara sekolah-sekolah kelompok E7 – 18 Mei

Beberapa pelajar dari menengah 1 hingga 3 telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang telah dijalankan di Sekolah Victoria.


3) Teater Pelajar anjuran Kelab Rangkaian Remaja (Teens Network Club) – 7 Julai

5 orang pelajar kami telah mementaskan kisah lagenda 'Tuah Badang Bertangkup' dan berjaya memenangi hadiah saguhati. Ibnu Tasnim dari Menengah 2N1 telah berjaya merangkul gelaran ‘Pelakon Harapan Terbaik’ yang dinobatkan oleh Berita Harian.