Kepada semua rakan guru…mari kita sama-sama hidupkan Sanggar SPS! Sebagai permulaan, marilah sesama kita beri sedikit reaksi tentang soalan yang sama-sama kita lakarkan tempoh hari iaitu, “ Berapa kerapkah kamu menggunakan bahasa Melayu di rumah?” Saya juga berharap agar setiap guru beri pandangan / maklum balas setelah membaca pandangan / luahan oleh rakan guru tentang perkara ini. Ini sekadar memastikan kita selesa ber'blog' sebelum kita sama-sama meminta pelajar melungsuri sama Sanggar SPS!
“Berapa kerapkah kamu menggunakan bahasa Melayu di rumah?”
Secara umumnya, saya selesa menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di rumah. Ini termasuk apabila berkomunikasi dengan kaum keluarga, rakan taulan dan sanak saudara. Semasa berkomunikasi, saya cuba tidak mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, tentu sahaja tidak mudah kerana dalam keadaan berkomunikasi secara spontan, ada kalanya saya berfikir dalam bahasa Inggeris dan seterusnya meluahkan dalam bahasa Melayu. Mentelah lagi apabila berbahasa dengan anak-anak saudara yang rata-ratanya dibesarkan dengan penggunaaan Bahasa Inggeris seratus peratus! Walau bagaimanapun, sejauh ini, apabila berkominikasi dengan pelajar mahupun waris, saya mampu menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan. Moga ciri-ciri ini terus kekal. Sebagai seorang pendidik, guru Bahasa Melayu lagi, tentulah ini menjadi salah satu penilaian pendengar, khsuusnya anak didik dibawah jagaan saya. Secara amnya, saya mencintai BAHASA MELAYU.
HIDUP BAHASA MU! HIDUP BAHASA KU! HIDUP BAHASA MELAYU!
Izinkanlah saya memulakan ulasan ini dengan serangkap pantun:)
Duduk bersembang mengasah minda, Sambil menghirup secawan kopi, Bahasa Melayu Bahasa Ibunda, Sering ditutur setiap hari.
Berapa kerapkah saya menggunakan Bahasa Melayu di rumah?Sudah tentulah kerap sekali!
Saya sering bertutur dalam Bahasa Melayu kerana saya dikelilingi ahli-ahli keluarga yang cenderung berbahasa Melayu dalam pertuturan seharian.
Namun, memandangkan pertuturan seseorang itu sering dipengaruhi oleh lingkungan penuturnya, maka ada kala berlaku juga kesilapan apabila bahasa Melayu dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris.
'Kesilapan' tersebut biasanya berlaku apabila saya sedang berinteraksi dengan golongan remaja.Oleh kerana ingin mewujudkan suasana yang mesra dalam perbualan, maka terpaksa jugalah saya mengikut atau terikut rentak mereka :)
Sungguhpun begitu, usaha untuk menggunakan bahasa Melayu yang sempurna tetap dipraktikkan sedapat mungkin agar keindahan bahasa Melayu tidak terus dicemari tanpa disedari.
Bahasa wadah penyampai akal, Bahasa yang indah cerminan diri, Kerana bahasa, bangsa dikenal, Hilang bahasa, hilang identiti.
Semoga usaha guru-guru SPS melestarikan dan memantapkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar akan membuahkan hasil yang dapat dibanggakan.
Salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan. Sebelum saya menjurus kepada soalan yang diutarakan, saya pernah ditanya oleh seorang rakan taulan mengapa penggunaan Bahasa Melayu semakin merosot dalam kalangan orang Melayu kita. Saya dengan selambanya pun menjawab, sebab kita dah terlalu terdedah dengan budaya dan amalan Barat, hingga di rumah, sekolah, tempat kerja pun kita terus "speaking". Maksudnya kita lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau kita bertutur dalam Bahasa Inggeris, seseorang itu akan dianggap sebagai orang yag berpendidikan tinggi ataupun berstatus. Inilah tanggapan umum hingga ada di antara kita yang terbawa-bawa hingga malu nak berucap dlm bahasa ibunda kita sendiri.
Kembali kepada soalan yg diutarakan, saya menggunakan BM di rumah. Ibu bapa saya menggunakan BM ketika berkomunikasi dgn anak-anak. Ayah percaya bahawa tiada org lain yg akan melestarikan bahasa kita melainkan kita sendiri, maka dia menegaskan kpd anak-anak bahawa tiada bahasa lain yg patut diujarkan di rumah melainkan BM.
Namun, secara sengaja atau tidak, terkadang tersasul juga ketika kami adik-beradik berbual. Ada juga Bahasa Inggeris yang diselitkan ketika meluahkan hasrat.
Walau bagaimanapun, saya sekeluarga lebih kerap menggunakan BM drpd BI di rumah. Ini merupakan tanggungjawab kami untuk melestarikan keunggulan Bahasa Melayu bagi mengelakkan pupusnya bahasa Melayu yang menjadi lambang dan identiti kita.
Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa
Assalamualaikum, semua. Bagi saya pula, saya selalu menggunakan Bahasa Melayu di rumah dan juga ketika berbual-bual dengan rakan-rakan. Saya memang lebih selesa berbual dalam Bahasa Melayu kerana maklumlah, sebagai orang Melayu, memang sepatutnya kita fasih berbahasa Melayu. Saya tidak sangka bahawa Bahasa Melayu kini amat jarang digunakan oleh masyarakat Melayu. Sejak saya berada di Sekolah St. Patrick, saya terkejut apabila mendapati jumlah pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu sangat tinggi. Apabila saya menyoal mereka tentang penggunaan Bahasa Melayu di rumah, mereka berkata bahawa mereka jarang bertutur dalam Bahasa Melayu dengan ibu bapa. Akibatnya, penguasaan bahasa dalam karangan, kefahaman dan sebagainya agak lemah. Saya berpendapat sebagai orang Melayu haruslah kita senantiasa menggunakan Bahasa Melayu ketika berbual di rumah dan dengan kawan-kawan. Dengan cara ini, secara tidak sengaja, penguasaan bahasa boleh diperbaiki.
Salam kepada Cikgu semua dan teman - teman sekalian.
Ada baiknya saya meniru Cikgu Rosmawati, yang memulai ulasan ini dengan pantun.
Janganlah menconteng arang di muka Kerena mempermalukan bapa dan ibu Bila ingin melestarikan budaya Ada baiknya terus berbahasa Melayu
(Maaf jika pantun saya tidak tepat).
Jujur saja saya sangat jarang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan sehari - hari. Ketika bercakap - cakap dengan teman di sekolah, saya kerap menggunakan bahasa Inggeris. Sedangkan, bila saya pulang ke rumah, saya lebih sering menggunakan bahasa Indonesia.
Saya pun sedar, penggunaan bahasa Melayu sangat penting untuk pelajar saya, untuk mendapatkan markah baik dalam ujian.
Namun, tidak dapat diragukan bahawa bahasa Indonesia dikembangkan dari bahasa Melayu. Saya mulai menghargai bahasa Melayu, setelah membaca buku - buku sejarah kemerdekaan Indonesia. Buku - buku itu menuliskan bahawa bahasa Melayu memainkan peranan yang cukup penting bagi kemerdekaan Indonesia. Itu semua kerena, bahasa Melayu mempengaruhi bahasa Indonesia. Teks proklamasi yang ditulis oleh Presiden pertama Indonesia, Soekarno, pun juga dipengaruhi oleh bahasa Melayu.
Setelah belajar bahasa Melayu selama satu tahun lebih, saya pun menjadi lebih menghargai bahasa Melayu. Kesempatan untuk belajar bahasa Melayu ini tidak akan saya sia-siakan begitu saja. Saya sangat percaya, mempelajari sesuatu itu pasti membawa kebaikan. Selain itu, seperti yang saya tuliskan berulang kali, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia merupakan bahasa serumpun. Tidak alasan bagi saya untuk tidak menghargai bahasa yang serumpun dengan bahasa negara saya sendiri.
Salam sejahtera kepada para Cikgu Bahasa Melayu di SPS dan rakan-rakan semua
Sebelum bermula mengulas masalah ini, izinkanlah saya memberi satu peribahasa iaitu jika tidak dipecang ruyung, di mana boleh mendapat sagunya. Peribahasa ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh mencapai cita- cita tanpa usaha yang gigih. Ini melambangkan bahawa kita sebagai kaum Melayu mestilah bersama-sama berusaha dengan keras demi mencapai suatu cita-cita yang sama untuk melestarikan bahasa dan budaya orang tua.
Jujur sahaja, saya bukanlah orang Melayu tetapi melainkan rakyat Indonesia. Oleh sebab itu, saya kurang kerap menggunakan Bahasa Melayu di rumah. Saya lebih sering bercakap Bahasa Indonesia atau Bahasa Mandarin bersama keluarga dan teman-teman.Sedangkan Bahasa Melayu ini hanyalah digunakan pada saat pelajaran Bahasa Melayu di sekolah sahaja. Ini menyebabkan tahap kemampuan percakapan saya dalam Bahasa Melayu menjadi kurang begitu mantap. Natijahnya, kurang pandailah saya dalam Bahasa Melayu ini, baik dari segi menulis dan bercakap.
Walaupun demikin, saya berusaha untuk meningkatkan kemampuan Bahasa Melayu saya dengan terus menegerjakan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Cikgu di sekolah. Sehingga saya berharap bahawa saya boleh mendapat markah yang baik untuk peperikaan O yang akan diadakan pada bulan June mendatang.
Akhir kata, saya berharap bahawa para guru dan pelajar boleh saling bekerja sama untuk menaikkan mutu Bahasa Melayu di SPS.
Salam sejahtera PBM-SPS, saya kerap menggunakan Bahasa Indonesia untuk bercakap dengan keluarga di rumah. Saya menggunakan Bahasa Melayu bila berada di sekolah untuk berbual kepada teman dan cikgu atau di negara Malaysia sebagai bahasa komunikasi. Di lain masa saya selalu menggunakan Bahasa Inggeris untuk bercakap.
Perkenalkan nama saya Samuel Bernadi dari kelas 4e2..
Pada kesempatan kali ini izinkan saya untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Cikgu Rozanah tentang penggunaan bahasa Melayu di rumah..
Pertanyaan yang diajukan seperti berikut: "Berapa kerapkah kamu menggunakan bahasa Melayu di rumah?"
Dengan sejujur-jujurnya saya sangatlah jarang menggunakan bahasa Melayu. Di sekolah pun saya lebih gemar untuk menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia bersama rakan-rakan seperjuangan.
Hal ini disebabkan oleh rakan-rakan saya yang sebahagian besar berkaum Cina dan sebahagian lagi adalah orang-orang Indonesia.
Di rumah saya juga tidak pernah menggunakan bahasa Melayu kerana tidak ada orang Melayu di rumah saya.
Setelah 1 tahun belajar bahasa Melayu kini saya sedar betul bahawa penggunaan bahasa Melayu itu sangat penting bagi peperiksaan saya. Memang betul saya bukanlah orang Melayu atau pun orang yang berasal dari negara Malaysia. Tetapi ini bukanlah halangan untuk saya belajar bahasa Melayu.
Kesan saya terhadap bahasa Melayu pada pertama kali adalah bahasa yang saya fikir hampir serupa (serumpun) dengan bahasa Indonesia tetapi mempunyai nada, intonasi dan penekanan yang berbeza dengan bahasa Indonesia. Ini membuat bahasa Melayu menjadi unik dan menarik sehingga saya ingin mempelajarinya lebih dalam.
Dengan belajar bahasa Melayu, saya menjadi bangga kerana sekarang saya menjadi boleh menggunakan 4 bahasa. Tentu sahaja saya bangga jika saya boleh bercakap dengan 4 bahasa sekarang^^ iaitu bahasa Indonesia, bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Sunda('sundanese' yang merupakan bahasa daerah daripada kota di mana saya lahir).
Oleh sebab itu, saya sudah mula untuk mencuba membaca buku-buku melayu seperti "Anak Bumi" dan juga berita harian supaya boleh fasih berbahasa Melayu.
Saya akan cuba untuk mulakan berbahasa Melayu besama rakan-rakan saya terutama rakan-rakan dari Indonesia.
Dengan ini saya ucapkan terimakasih yang sebesar-besarnya untuk mahu meluangkan masa untuk membaca ulasan saya. Mohon maaf bila ada kesilapan bahasa pada ulasan saya ini.
Maka dengan sebuah syair saya mahu menutup ulasan saya pada kali ini.
Pergi ke Penang dengan kereta kereta mogok, penatlah kepala, Teruslah gunakan bahasa Ibunda supaya bangsa tetap terjaga
Salam sejahtera kepada para Cikgu Bahasa Melayu di SPS dan rakan-rakan sekalian..
Pada pendapat saya, bahasa ibunda tidak semestinya dikekalkan sebagai subjek bagi peperiksaan peringkat "O".Penggunaan Bahasa Melayu semakin merosot kerana para pelajar merasa bahawa mereka dipaksa mengambil subjek tersebut. Ramai di antara kalangan pelajar yang lebih gemar mangambil Bahasa Melayu "B" kerana malas mempelajari sesuatu bahasa yang mungkin tiada gunaan pada masa yang depan.
Assalamualaikum semua. Saya jarang berbual dalam Bahasa Melayu di rumah. Saya selalu berbual dalam Bahasa Inggeris di rumah. Saya hanya berbual dalam Bahasa Melayu dengan rakan-rakan Melayu saya.
Jujur sahaja, saya jarang atau boleh dibilang tidak pernah menggunakan Bahasa Melayu di rumah. Saya biasanya menggunakan Bahasa Indonesia dan Inggeris kerana tidak ada seorang pun yang mahu diajak becakap Melayu. Oleh sebab itu saya kurang selesa menggunakan Bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, kesempatan untuk mempelari Bahasa Melayu tidak akan saya sia-siakan. Itu disebabkan Bahasa Melayu merupakan dasar yang digunakan oleh Bahasa Indonesia. Dengan mempelajari Bahasa Melayu, saya boleh memperkaya pengetahuan akan budaya yang serumpun.
salam hormat cikgu-cikgu....hmm, untuk saya ,saya gunnakan bahasa melayu dan bahasa inggris di rumah dan kalau diluar saya gunnakan inggris kerana ada teman-teman saya yang cina dan india....
Saya amat bangga untuk memberitahu bahawasanya saya gunakan Bahasa Melayu di rumah. Walau bagaimanapun penggunaannya terhad kepada perbualan ringkas seperti:
"Imme(Ibu), Muhammad nak makan." "Tengah siap. Nak keluar da ni"
Komunikasi secara kesuluruhan yang kekurangan menyebabkan saya semakin kurang yakin untuk bertutur di dalam Bahasa Melayu. Bak kata pepata Bahasa inggeris, "Use it or lose it".
Di luar rumah, mahu pun bersama kakak sendiri, saya lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, Alhamdillah, dengan berkat ibu saya seorang Melayu, masih terteraplah kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu saya yang tidak seberapa ini.
Secara terus terang, saya memanglah tidak begitu kerap menggunakan bahasa melayu sebagai sebuah alat komunikasi seharian saya. Sebagai seorang Rakyat Indonesia, justerulah saya biasanya menggunakan Bahasa Indonesia apabila bersembang dengan ibu bapa atau sepupu-sepupu saya yang masih kurang fasih dalam pertuturan bahasa Inggeris mereka. Walau bagaimanapun, saya berasa amat sedih kerana saya dapati sekarang bahawa kefasihan pertuturan saya dalam Bahasa Indonesia pun semakin berkurang. Perkara ini bukanlah masalah saya sendiri sahaja. Kakak saya, walaupun telah meraih gred A1 dalam peperiksaan Bahasa Melayu peringkat 'O' , mendapati lebih sukar untuk menstruktur ayat dalam Bahasa Melayu jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris. Juga seringnya kakak saya memerlukan bantuan saya untuk menterjemahkan sebuah ayat daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Indonesia atau bahasa Melayu.
Daripada perenggan di atas bolehlah dibuat sebuah kesimpulan bahawa saya lebih kerap dan lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris untuk pertuturan seharian saya. Hanya jika terpaksa, barulah saya akan menggunakan bahasa ibunda saya. Salah satu sebab ialah mungkin, selepas lima tahun menetap di Singapura, saya lebih terdedah kepada bahan-bahan yang yang berunsur bahasa Inggeris. Di Singapura, saya dapati lebih banyak siaran televisyen dan buku-buku cerita berbahasa Inggeris yang lebih menarik dan boleh didapati di mana sahaja. Selain itu, surat khabar 'The Straits Times', yang berbahasa Inggeris pun mengandungi fakta-fakta yang lebih lengkap daripada 'Berita Harian'. Oleh kerana itu, saya telah menyesuaikan diri saya kepada penggunaan Bahasa Inggeris di Singapura di mana Bahasa Inggeris merupakan 'bahasa pertama'.
Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa penggunaan sesuatu bahasa itu merupakan sebuah kebiasaan yang boleh berubah. Saya akan berusaha untuk mengimbangkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda saya, agar saya tidak lupa akan akar-umbi saya, bak patah perkataan, seperti kacang lupakan kulit.
Penggunaan bahasa itu tidak semestinya terpencil kepada peperiksaan sahaja. Penggunaan bahasa itu ialah sesuatu yang harus dikekalkan dalam jangka hidup kita.
Akhir kata, saya tidak akan mengatakan bahawa saya mencintai bahasa apa-apa pun, kerana pemikiran dan kebiasaan seseorang itu boleh berubah. Yang penting ialah, kemahuan seseorang itu untuk berubah.

sebagai seorang rakyat indonesia, tentulah saya menggunakan bahasa indonesia dalam pergaulan sehari-hari dengan orang-orang yang tinggal serumah dengan saya.
saya tidak kerap menggunakan bahasa melayu kerana saya kurang fasih dalam berbahasa melayu. Di dalam peperiksaan banyak pula kesalahan-kesalahn yang saya dapati kerana menggunakan bahasa indonesia. Namun, saya akan bekerja keras untuk mempelajari bahassa melayu, kerana ia akan berfaedah jikalau di masa bekerja nanti mempunyai rakan Melayu. Kami boleh bercakap dengan lebih bersahabat kerana saya yakin bahawa rakan-rakan yang datang dari suatu negara dan bercakap dengan bahasa yang sama akan lebih akrab. Seperti saya dan rakan-rakan indonesia di sekolah dan di rumah saya. xD
di penutupan, saya ingin ulaskan bahawa bahasa melayu penting bagi menjalin hubungan yang lebih akrab sesama orang melayu!!!!!!
18 ulasan:
Kepada semua rakan guru…mari kita sama-sama hidupkan Sanggar SPS! Sebagai permulaan, marilah sesama kita beri sedikit reaksi tentang soalan yang sama-sama kita lakarkan tempoh hari iaitu, “ Berapa kerapkah kamu menggunakan bahasa Melayu di rumah?” Saya juga berharap agar setiap guru beri pandangan / maklum balas setelah membaca pandangan / luahan oleh rakan guru tentang perkara ini. Ini sekadar memastikan kita selesa ber'blog' sebelum kita sama-sama meminta pelajar melungsuri sama Sanggar SPS!
“Berapa kerapkah kamu menggunakan bahasa Melayu di rumah?”
Secara umumnya, saya selesa menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di rumah. Ini termasuk apabila berkomunikasi dengan kaum keluarga, rakan taulan dan sanak saudara. Semasa berkomunikasi, saya cuba tidak mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, tentu sahaja tidak mudah kerana dalam keadaan berkomunikasi secara spontan, ada kalanya saya berfikir dalam bahasa Inggeris dan seterusnya meluahkan dalam bahasa Melayu. Mentelah lagi apabila berbahasa dengan anak-anak saudara yang rata-ratanya dibesarkan dengan penggunaaan Bahasa Inggeris seratus peratus! Walau bagaimanapun, sejauh ini, apabila berkominikasi dengan pelajar mahupun waris, saya mampu menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan. Moga ciri-ciri ini terus kekal. Sebagai seorang pendidik, guru Bahasa Melayu lagi, tentulah ini menjadi salah satu penilaian pendengar, khsuusnya anak didik dibawah jagaan saya. Secara amnya, saya mencintai BAHASA MELAYU.
HIDUP BAHASA MU! HIDUP BAHASA KU! HIDUP BAHASA MELAYU!
Salam rakan sejawat sekalian,
Izinkanlah saya memulakan ulasan ini dengan serangkap pantun:)
Duduk bersembang mengasah minda,
Sambil menghirup secawan kopi,
Bahasa Melayu Bahasa Ibunda,
Sering ditutur setiap hari.
Berapa kerapkah saya menggunakan Bahasa Melayu di rumah?Sudah tentulah kerap sekali!
Saya sering bertutur dalam Bahasa Melayu kerana saya dikelilingi ahli-ahli keluarga yang cenderung berbahasa Melayu dalam pertuturan seharian.
Namun, memandangkan pertuturan seseorang itu sering dipengaruhi oleh lingkungan penuturnya, maka ada kala berlaku juga kesilapan apabila bahasa Melayu dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris.
'Kesilapan' tersebut biasanya berlaku apabila saya sedang berinteraksi dengan golongan remaja.Oleh kerana ingin mewujudkan suasana yang mesra dalam perbualan, maka terpaksa jugalah saya mengikut atau terikut rentak mereka :)
Sungguhpun begitu, usaha untuk menggunakan bahasa Melayu yang sempurna tetap dipraktikkan sedapat mungkin agar keindahan bahasa Melayu tidak terus dicemari tanpa disedari.
Bahasa wadah penyampai akal,
Bahasa yang indah cerminan diri,
Kerana bahasa, bangsa dikenal,
Hilang bahasa, hilang identiti.
Semoga usaha guru-guru SPS melestarikan dan memantapkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar akan membuahkan hasil yang dapat dibanggakan.
Salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan.
Sebelum saya menjurus kepada soalan yang diutarakan, saya pernah ditanya oleh seorang rakan taulan mengapa penggunaan Bahasa Melayu semakin merosot dalam kalangan orang Melayu kita. Saya dengan selambanya pun menjawab, sebab kita dah terlalu terdedah dengan budaya dan amalan Barat, hingga di rumah, sekolah, tempat kerja pun kita terus "speaking". Maksudnya kita lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau kita bertutur dalam Bahasa Inggeris, seseorang itu akan dianggap sebagai orang yag berpendidikan tinggi ataupun berstatus. Inilah tanggapan umum hingga ada di antara kita yang terbawa-bawa hingga malu nak berucap dlm bahasa ibunda kita sendiri.
Kembali kepada soalan yg diutarakan, saya menggunakan BM di rumah. Ibu bapa saya menggunakan BM ketika berkomunikasi dgn anak-anak. Ayah percaya bahawa tiada org lain yg akan melestarikan bahasa kita melainkan kita sendiri, maka dia menegaskan kpd anak-anak bahawa tiada bahasa lain yg patut diujarkan di rumah melainkan BM.
Namun, secara sengaja atau tidak, terkadang tersasul juga ketika kami adik-beradik berbual. Ada juga Bahasa Inggeris yang diselitkan ketika meluahkan hasrat.
Walau bagaimanapun, saya sekeluarga lebih kerap menggunakan BM drpd BI di rumah. Ini merupakan tanggungjawab kami untuk melestarikan keunggulan Bahasa Melayu bagi mengelakkan pupusnya bahasa Melayu yang menjadi lambang dan identiti kita.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa
Salam Maal Hijrah kepada Cg Rosmawati dan Cg Hazlian. Saya cukup terkesan, khususnya dengan pantun-pantun cg sekalian. PASTI HIDUP MELAYU!
Assalamualaikum, semua. Bagi saya pula, saya selalu menggunakan Bahasa Melayu di rumah dan juga ketika berbual-bual dengan rakan-rakan. Saya memang lebih selesa berbual dalam Bahasa Melayu kerana maklumlah, sebagai orang Melayu, memang sepatutnya kita fasih berbahasa Melayu.
Saya tidak sangka bahawa Bahasa Melayu kini amat jarang digunakan oleh masyarakat Melayu. Sejak saya berada di Sekolah St. Patrick, saya terkejut apabila mendapati jumlah pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu sangat tinggi. Apabila saya menyoal mereka tentang penggunaan Bahasa Melayu di rumah, mereka berkata bahawa mereka jarang bertutur dalam Bahasa Melayu dengan ibu bapa. Akibatnya, penguasaan bahasa dalam karangan, kefahaman dan sebagainya agak lemah.
Saya berpendapat sebagai orang Melayu haruslah kita senantiasa menggunakan Bahasa Melayu ketika berbual di rumah dan dengan kawan-kawan. Dengan cara ini, secara tidak sengaja, penguasaan bahasa boleh diperbaiki.
Salam kepada Cikgu semua dan teman - teman sekalian.
Ada baiknya saya meniru Cikgu Rosmawati, yang memulai ulasan ini dengan pantun.
Janganlah menconteng arang di muka
Kerena mempermalukan bapa dan ibu
Bila ingin melestarikan budaya
Ada baiknya terus berbahasa Melayu
(Maaf jika pantun saya tidak tepat).
Jujur saja saya sangat jarang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan sehari - hari. Ketika bercakap - cakap dengan teman di sekolah, saya kerap menggunakan bahasa Inggeris. Sedangkan, bila saya pulang ke rumah, saya lebih sering menggunakan bahasa Indonesia.
Saya pun sedar, penggunaan bahasa Melayu sangat penting untuk pelajar saya, untuk mendapatkan markah baik dalam ujian.
Namun, tidak dapat diragukan bahawa bahasa Indonesia dikembangkan dari bahasa Melayu. Saya mulai menghargai bahasa Melayu, setelah membaca buku - buku sejarah kemerdekaan Indonesia. Buku - buku itu menuliskan bahawa bahasa Melayu memainkan peranan yang cukup penting bagi kemerdekaan Indonesia. Itu semua kerena, bahasa Melayu mempengaruhi bahasa Indonesia. Teks proklamasi yang ditulis oleh Presiden pertama Indonesia, Soekarno, pun juga dipengaruhi oleh bahasa Melayu.
Setelah belajar bahasa Melayu selama satu tahun lebih, saya pun menjadi lebih menghargai bahasa Melayu. Kesempatan untuk belajar bahasa Melayu ini tidak akan saya sia-siakan begitu saja. Saya sangat percaya, mempelajari sesuatu itu pasti membawa kebaikan.
Selain itu, seperti yang saya tuliskan berulang kali, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia merupakan bahasa serumpun. Tidak alasan bagi saya untuk tidak menghargai bahasa yang serumpun dengan bahasa negara saya sendiri.
Terima kasih telah membaca tulisan saya.
Biar sihat haruslah bersih
Sekian, terima kasih
Salam sejahtera kepada para Cikgu Bahasa Melayu di SPS dan rakan-rakan semua
Sebelum bermula mengulas masalah ini, izinkanlah saya memberi satu peribahasa iaitu jika tidak dipecang ruyung, di mana boleh mendapat sagunya. Peribahasa ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh mencapai cita- cita tanpa usaha yang gigih. Ini melambangkan bahawa kita sebagai kaum Melayu mestilah bersama-sama berusaha dengan keras demi mencapai suatu cita-cita yang sama untuk melestarikan bahasa dan budaya orang tua.
Jujur sahaja, saya bukanlah orang Melayu tetapi melainkan rakyat Indonesia. Oleh sebab itu, saya kurang kerap menggunakan Bahasa Melayu di rumah. Saya lebih sering bercakap Bahasa Indonesia atau Bahasa Mandarin bersama keluarga dan teman-teman.Sedangkan Bahasa Melayu ini hanyalah digunakan pada saat pelajaran Bahasa Melayu di sekolah sahaja. Ini menyebabkan tahap kemampuan percakapan saya dalam Bahasa Melayu menjadi kurang begitu mantap. Natijahnya, kurang pandailah saya dalam Bahasa Melayu ini, baik dari segi menulis dan bercakap.
Walaupun demikin, saya berusaha untuk meningkatkan kemampuan Bahasa Melayu saya dengan terus menegerjakan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Cikgu di sekolah. Sehingga saya berharap bahawa saya boleh mendapat markah yang baik untuk peperikaan O yang akan diadakan pada bulan June mendatang.
Akhir kata, saya berharap bahawa para guru dan pelajar boleh saling bekerja sama untuk menaikkan mutu Bahasa Melayu di SPS.
Salam sejahtera PBM-SPS, saya kerap menggunakan Bahasa Indonesia untuk bercakap dengan keluarga di rumah. Saya menggunakan Bahasa Melayu bila berada di sekolah untuk berbual kepada teman dan cikgu atau di negara Malaysia sebagai bahasa komunikasi. Di lain masa saya selalu menggunakan Bahasa Inggeris untuk bercakap.
Wenas Ongkowinoto.
Salam cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekalian..
Perkenalkan nama saya Samuel Bernadi dari kelas 4e2..
Pada kesempatan kali ini izinkan saya untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Cikgu Rozanah tentang penggunaan bahasa Melayu di rumah..
Pertanyaan yang diajukan seperti berikut:
"Berapa kerapkah kamu menggunakan bahasa Melayu di rumah?"
Dengan sejujur-jujurnya saya sangatlah jarang menggunakan bahasa Melayu. Di sekolah pun saya lebih gemar untuk menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia bersama rakan-rakan seperjuangan.
Hal ini disebabkan oleh rakan-rakan saya yang sebahagian besar berkaum Cina dan sebahagian lagi adalah orang-orang Indonesia.
Di rumah saya juga tidak pernah menggunakan bahasa Melayu kerana tidak ada orang Melayu di rumah saya.
Setelah 1 tahun belajar bahasa Melayu kini saya sedar betul bahawa penggunaan bahasa Melayu itu sangat penting bagi peperiksaan saya.
Memang betul saya bukanlah orang Melayu atau pun orang yang berasal dari negara Malaysia. Tetapi ini bukanlah halangan untuk saya belajar bahasa Melayu.
Kesan saya terhadap bahasa Melayu pada pertama kali adalah bahasa yang saya fikir hampir serupa (serumpun) dengan bahasa Indonesia tetapi mempunyai nada, intonasi dan penekanan yang berbeza dengan bahasa Indonesia. Ini membuat bahasa Melayu menjadi unik dan menarik sehingga saya ingin mempelajarinya lebih dalam.
Dengan belajar bahasa Melayu, saya menjadi bangga kerana sekarang saya menjadi boleh menggunakan 4 bahasa.
Tentu sahaja saya bangga jika saya boleh bercakap dengan 4 bahasa sekarang^^ iaitu bahasa Indonesia, bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Sunda('sundanese' yang merupakan bahasa daerah daripada kota di mana saya lahir).
Oleh sebab itu, saya sudah mula untuk mencuba membaca buku-buku melayu seperti "Anak Bumi" dan juga berita harian supaya boleh fasih berbahasa Melayu.
Saya akan cuba untuk mulakan berbahasa Melayu besama rakan-rakan saya terutama rakan-rakan dari Indonesia.
Dengan ini saya ucapkan terimakasih yang sebesar-besarnya untuk mahu meluangkan masa untuk membaca ulasan saya.
Mohon maaf bila ada kesilapan bahasa pada ulasan saya ini.
Maka dengan sebuah syair saya mahu menutup ulasan saya pada kali ini.
Pergi ke Penang dengan kereta
kereta mogok, penatlah kepala,
Teruslah gunakan bahasa Ibunda
supaya bangsa tetap terjaga
Salam sejahtera kepada para Cikgu Bahasa Melayu di SPS dan rakan-rakan sekalian..
Pada pendapat saya, bahasa ibunda tidak semestinya dikekalkan sebagai subjek bagi peperiksaan peringkat "O".Penggunaan Bahasa Melayu semakin merosot kerana para pelajar merasa bahawa mereka dipaksa mengambil subjek tersebut. Ramai di antara kalangan pelajar yang lebih gemar mangambil Bahasa Melayu "B" kerana malas mempelajari sesuatu bahasa yang mungkin tiada gunaan pada masa yang depan.
Assalamualaikum semua. Saya jarang berbual dalam Bahasa Melayu di rumah. Saya selalu berbual dalam Bahasa Inggeris di rumah. Saya hanya berbual dalam Bahasa Melayu dengan rakan-rakan Melayu saya.
Salam kepada Cikgu dan rakan-rakan sekalian,
Jujur sahaja, saya jarang atau boleh dibilang tidak pernah menggunakan Bahasa Melayu di rumah. Saya biasanya menggunakan Bahasa Indonesia dan Inggeris kerana tidak ada seorang pun yang mahu diajak becakap Melayu. Oleh sebab itu saya kurang selesa menggunakan Bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, kesempatan untuk mempelari Bahasa Melayu tidak akan saya sia-siakan. Itu disebabkan Bahasa Melayu merupakan dasar yang digunakan oleh Bahasa Indonesia. Dengan mempelajari Bahasa Melayu, saya boleh memperkaya pengetahuan akan budaya yang serumpun.
Sekian dari saya dan terima kasih.
salam hormat cikgu-cikgu....hmm, untuk saya ,saya gunnakan bahasa melayu dan bahasa inggris di rumah dan kalau diluar saya gunnakan inggris kerana ada teman-teman saya yang cina dan india....
sekelian terima kasih....
Salam Aleikom.
Saya amat bangga untuk memberitahu bahawasanya saya gunakan Bahasa Melayu di rumah. Walau bagaimanapun penggunaannya terhad kepada perbualan ringkas seperti:
"Imme(Ibu), Muhammad nak makan."
"Tengah siap. Nak keluar da ni"
Komunikasi secara kesuluruhan yang kekurangan menyebabkan saya semakin kurang yakin untuk bertutur di dalam Bahasa Melayu. Bak kata pepata Bahasa inggeris, "Use it or lose it".
Di luar rumah, mahu pun bersama kakak sendiri, saya lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, Alhamdillah, dengan berkat ibu saya seorang Melayu, masih terteraplah kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu saya yang tidak seberapa ini.
Sekian.
Muhammad Al-Shehab
Secara terus terang, saya memanglah tidak begitu kerap menggunakan bahasa melayu sebagai sebuah alat komunikasi seharian saya. Sebagai seorang Rakyat Indonesia, justerulah saya biasanya menggunakan Bahasa Indonesia apabila bersembang dengan ibu bapa atau sepupu-sepupu saya yang masih kurang fasih dalam pertuturan bahasa Inggeris mereka. Walau bagaimanapun, saya berasa amat sedih kerana saya dapati sekarang bahawa kefasihan pertuturan saya dalam Bahasa Indonesia pun semakin berkurang. Perkara ini bukanlah masalah saya sendiri sahaja. Kakak saya, walaupun telah meraih gred A1 dalam peperiksaan Bahasa Melayu peringkat 'O' , mendapati lebih sukar untuk menstruktur ayat dalam Bahasa Melayu jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris. Juga seringnya kakak saya memerlukan bantuan saya untuk menterjemahkan sebuah ayat daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Indonesia atau bahasa Melayu.
Daripada perenggan di atas bolehlah dibuat sebuah kesimpulan bahawa saya lebih kerap dan lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris untuk pertuturan seharian saya. Hanya jika terpaksa, barulah saya akan menggunakan bahasa ibunda saya. Salah satu sebab ialah mungkin, selepas lima tahun menetap di Singapura, saya lebih terdedah kepada bahan-bahan yang yang berunsur bahasa Inggeris. Di Singapura, saya dapati lebih banyak siaran televisyen dan buku-buku cerita berbahasa Inggeris yang lebih menarik dan boleh didapati di mana sahaja. Selain itu, surat khabar 'The Straits Times', yang berbahasa Inggeris pun mengandungi fakta-fakta yang lebih lengkap daripada 'Berita Harian'. Oleh kerana itu, saya telah menyesuaikan diri saya kepada penggunaan Bahasa Inggeris di Singapura di mana Bahasa Inggeris merupakan 'bahasa pertama'.
Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa penggunaan sesuatu bahasa itu merupakan sebuah kebiasaan yang boleh berubah. Saya akan berusaha untuk mengimbangkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda saya, agar saya tidak lupa akan akar-umbi saya, bak patah perkataan, seperti kacang lupakan kulit.
Penggunaan bahasa itu tidak semestinya terpencil kepada peperiksaan sahaja. Penggunaan bahasa itu ialah sesuatu yang harus dikekalkan dalam jangka hidup kita.
Akhir kata, saya tidak akan mengatakan bahawa saya mencintai bahasa apa-apa pun, kerana pemikiran dan kebiasaan seseorang itu boleh berubah. Yang penting ialah, kemahuan seseorang itu untuk berubah.
Salam, Alvidyan Virgarazman.

DARI : LOUIS SUWENDY <4E3>

Catat Ulasan